Tuesday 17 September 2013

Tamadun Islam


Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau AvicennaIbn Rushd atau Averroes dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui sebagai mangkin kepada Zaman Pembaharuan (bahasa InggerisRenaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.
Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain wilayah di Timur Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafahperubatanastronomimatematiklogikakhlakkimia, dan algebra. Lahir Universiti-universiti NaplesBolognaUniversiti ParisOxford, dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi Zaman Kelam meluncur menuju Zaman Pembaharuan. Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.

Asal Usul
Tamadun Islam berkembang dari Semenanjung Tanah Arab oleh Nabi Muhammad s.a.w. selepas menerima wahyu pertama. Kerajaan Islam yang pertama di dunia berada di Madinah semasa Baginda berhijrah ke Madinah pada tahun 622M.

Tamadun Islam VS Tamadun Barat
Kehebatan tamadun Islam telah mengubah arah kegelapan tamadun barat menjadi sebuah tamadun yang hebat hingga ke hari ini. Kajian demi kajian dibuat terhadap tamadun Islam telah melahirkan banyak ahli fikir eropah. Secara kasar tamadun Islam lebih mementingkan akhlak keperibadian mulia setiap insan tanpa membezakan setiap bangsa. Namun tamadun barat lebih mementingkan kepada keuntungan atau lebih tepat materialistik (kebendaan) walaupun soal ahklak insan terbiar.

Monday 16 September 2013

Tahukah Anda?



Semut boleh..
menampung berat 100 kali ganda lebih berat dari mereka..
berjalan di atas kaca walaupun terbalik..
bergerak dalm jarak yang sangat jauh..
bila difikirkan balik.. semut ini seperti alien..

Semut ada macam-macam jenis..
ada yang bahaya kepada manusia dan ada yang tidak..

sebagai contoh..
'Semut pemotong daun' atau "grasscutter"
mereka sangat teratur dalam mengumpul makanan..
mereka mempunyai rahang yang kuat
dan kepala yang besar yang menguatkan muscles mereka..

Satu perkara yang patut kita contohi daripada semut adalah.. hidup secara berkumpulan..
Siapa pernah lihat semut yang hidup berseorangan??
Para saintis telah membuat kajian..
tidak ada seekor semut pun yang hidup secara individu..

Nampak tak kehebatan Allah dalam mencipta makhluknya..
Allah menyuruh kita melihat,memikirkan tentang ciptaan Allah..
Contohnya semut yang hidup secara ijtima'i..
Begitu jua lah Islam mengajar kita untuk hidup secara ijtima'i..
Sesungguhnya amalan ijtima'i lebih baik daripada ifradi(bak kata Ustaz Del)..






Kami mengucapkan Selamat Hari Malaysia

Saturday 14 September 2013

Ulangkaji Nota Sejarah dan Geografi SPM & PMR

Jom Ulangkaji..! ^_^



ULANGKAJI NOTA SEJARH SPM SLIDESHOW


Selamat Hari Malaysia ^_^

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah MelayuBorneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.[1]
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia[2], namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.[3]

Friday 13 September 2013

Jom Follow Kami ! ^_^


Assalamualaikum rakyat SAMTTAJ atau mungkin rakyat Malaysia semuanya..!

Anda sangat digalakkan untuk mem'follow' blog yang baru sahaja dicipta ini untuk menjelajahi perlbagai ilmu pengetahuan baru..! Jom invite adik-adk, kakak-kakak, abang-abang, mak-mak, ayah-ayah, pak-pak, makcik-makcik, pakcik-pakcik-, atok-nenek, paklng-maklng.. pokoknya SEMUALAH..!

JOM.. JANGAN BIARKAN ANDA KETINGGALAN SEJARAH DAN ILMU ALAM INI ^_^


Asal Usul Nama Malaysia

Nama Malaysia diguna pakaikan pada tahun 1963 apabila negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu sertaSingapuraBorneo Utara (Sabah) dan Sarawak membentuk persekutuan baru.[6] Sebelum ini nama Malaysia juga pernah digunakan untuk memaksudkan beberapa kawasan di Asia Tenggara dengan sewenang-wenangnya. Sehelai peta yang diterbitkan di Chicago pada tahun 1914 tertera perkataan Malaysia yang memaksudkan beberapa wilayah tertentu di dalam Kepulauan Melayu.[21] Bahagian semenanjung memakai nama Persekutuan Tanah Melayu hingga tahun 1963, sewaktu pergabungannya dengan wilayah-wilayah SabahSarawak dan Singapura.[22] Para ahli politik di Filipina pernah bercadang agar negara mereka diberi nama "Malaysia", tetapi tidak sempat berbuat demikian apabila Malaysia merampas nama itu.[23] Ketika itu, nama-nama lain juga dipertimbangkan, antaranya Langkasuka, sempena kerajaan purba yang terletak di kawasan utara Semenanjung Tanah Melayu pada alaf pertama Masihi.[24]
Perkataan Melayu berasal daripada perkataan malaiur atau malayadvipa dalam bahasa Sanskrit yang mungkin membawa erti "tanah bergunung"; perkataan tersebut digunakan oleh para saudagar India sebagai gelaran untuk Semenanjung Tanah Melayu.[25][26][27][28][29]

Pada tahun 1850, seorang ahli etnologi Inggeris, George Samuel Windsor Earl mencadangkan agar kepulauan Indonesia dinamakan Melayunesiaatau Indunesia ketika mengarang Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia (Jurnal Kepulauan Hindia dan Asia Timur). Beliau menggemariMelayunesia[30] demi kemudahan pihak kolonial. Berikutan ekspedisinya di Oceania pada tahun 1826, pelayar PerancisJules Dumont d'Urvillemencipta istilah MalaysiaMicronesia dan Melanesia untuk membezakan budaya dan gugusan kepulauan Pasifik daripada istilah Polynesia yang sedia ada. Pada tahun 1831, beliau mengusulkan istilah-istilahnya kepada Société de Géographie (Persatuan Geografi). Dumont d'Urville menyifatkan Malaysia sebagai "kawasan yang lebih dikenali sebagai Hindia Timur".[31] Ketika itu, adalah dipercayai bahawa kesemua penduduk kawasan berkenaan boleh dipanggil "orang Melayu" sama sekali, selaras dengan konsep kaum Melayu ketika itu, yang bertentangan dengan takrifan masa kini yang memerikan "Melayu" sebagai kelompok etnik yang seragam budayanya, bertutur bahasa Melayu dan tinggal di pantai timurSumateraKepulauan RiauSemenanjung Tanah Melayu dan pesisiran pulau Borneo. Istilah "Dunia Melayu" pula digunakan sebagai gelaran kepada keempat-empat kawasan tersebut pada keseluruhannya[32] iaitu bersinonim dengan Nusantara.

Tahukah Anda?





 BUMI

Bumi dikenali sebagai "al-ardhu" dalam bahasa arab dan "earth" dalam bahasa Inggeris. Ia merupakan planet ketiga dari matahari selepas planet Utarid dan Zuhrah dalam sistem suria. Dijangkakan bumi telah berusia selama 4,600 juta tahun. 

Bentuk bumi adalah ellipsoid iaitu bulat tetapi leper sejarak 133km kedua-dua sisinya. Jejari bumi di khatulistiwa ialah 6378.14km dengan ukuran lilitnya 40084km dan mempunyai garis pusat sepanjang 12,756 kilometer.






FAKTA TENTANG BUMI



  • Puncak tertinggi: Gunung Everest (8,848 meter)


  • Lautan terdalam: Mencecah 10,924 meter
  • Tasik tertinggi: Tasik Titicaca
  • Tasik terbesar: Laut Caspian



  •  Lautan terbesar: Lautan Pasifik
  • Berat jisim bumi: 59,760 juta tan
  • Ketumpatan bumi: 5,500 kilogram setiap meter persegi
  • Pengukuran graviti bumi: 10 N kg-1
  • Keluasan bumi: 
    • Lebih 2/3 kawasan bumi dilitupi oleh air
    • 12% daripada kawasan bumi merupakan padang pasir
    • Keseluruhan: 510.073 juta km
    • Daratan: 14894 million km (29.2%)
    • Lautan: 361.132 million km (70.8%)
    • Sempadan daratan: 251,480.24 km
    • Persisiran pantai: 356,000 km

Sejarah Awal Malaysia


Lukisan prasejarah di Gua Tambun, Perak
Sejarah awal Malaysia bermula dengan kewujudan manusia awal berusia 40,000 tahun yang ditemui di Kompleks Gua Mulu dan kompleks gua niah, Sarawak. Secara dasarnya sejarah negara ini telah melalui empat zaman utama sejarah manusia iaitu Prasejarah, Proto Sejarah, Zaman Pertengahan dan Zaman Kolonial.
Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China dan Indiamemulakan perdagangan mereka melalui pelabuhan di Selat Melaka. Penemuan beberapa tapak arkeologi Zaman Proto Sejarah membuktikan wujud petempatan pesisiran pantai seawal abad ke-2 Masihi lagi. Ia membawa kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke-10 adalah merupakan penemepatan pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, dan Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis pada tahun 1511 diikuti oleh Belanda dan Britain untuk mewujudkan penempatan atau koloni di Selat Melaka.
Manakala di Borneo pula, kewujudan kerajaan purba Marudu sebelum abad ke-13 Masehi dan Santubung lebih awal lagi membuktikan telah wujud entiti politik yang mendahului kewujudan Kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu.

Fakta Geografi

.::Assalamualaikum::.

Nak tahu tak??

Iklim Malaysia mempunyai suhu yang hampir seragam, kelembapan yang tinggi dan hujan yang banyak. Angin pada amnya lemah. Malaysia yang terletak berhampiran khatulistiwa amat jarang sekali mempunyai keadaan langit tidak berawan langsung, meskipun pada musim kemarau teruk. Malaysia juga jarang sekali mempunyai satu tempoh beberapa hari dengan tidak ada langsung cahaya matahari kecuali pada musim monsun timur laut.
Malaysia terletak di Hemisfera Utara, iaitu bahagian utara dari Garisan Khatulistiwa. Ia terdiri daripada 2 kawasan utama yang dipisahkan oleh Laut China Selatan (531.1 kilometer persegi). Kedua-dua kawasan berbentuk muka bumi yang hampir sama, iaitu pinggir laut yang landai, hutan tebal dan bukit bukau. Iklimnya ialah khatulistiwa tetapi bagi sesetengah tempat di Malaysia, terutamanya di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan utara Sabah mengalami iklim monsun tropika.
Semenanjung Malaysia, meliputi seluas 131,598km² bersempadan dengan Negara Thai di utara dan Singapura di selatan manakala Sabah yang seluas 73,711km² dan Sarawak yang seluas 124,449km² bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia.
Malaysia terbahagi kepada 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan. Negeri yang terbesar merupakan Sarawak ,melebihi 124,000km². Pahang yang mempunyai keluasan 35,965 km² merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia manakala Perlis yang seluas 795 kilometer persegi adalah negeri yang terkecil.
Negeri Sabah dan Sarawak terletak di pulau Borneo. Negeri Sabah terdiri daripada lima bahagian, iaitu Tawau, Sandakan, Kudat, Pantai Barat, dan Pedalaman. Wilayah Persekutuan Labuan, dengan keluasan 91km² adalah terletak di persisiran pantai barat Sabah. Sarawak terdiri daripada Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Sarikei, Limbang, Kapit, Bintulu dan Kota Samarahan.
Malaysia berhampiran dengan khatulistiwa antara garisan lintang 1 dan 7 Utara dan garisan bujur 100 dan 119 Timur dan tertakluk kepada pengaruh laut dan perubahan sistem angin yang bertiup dari Lautan Hindi dan Laut China Selatan. Lazimnya iklim di sini terbahagi kepada musim monsun barat daya dan monsun timur laut. Purata suhu di hampir keseluruhan Malaysia ialah antara 21 C hingga 32 C. Kelembapannya dikatakan agak tinggi.
Putrajaya ialah pusat pemerintahan yang baru kerajaan persekutuan yang dibina untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur. Pejabat Perdana Menteri telah berpindah ke Putrajaya pada 1999 dan kesemua pejabat kerajaan pusat dijangka di Putrajaya pada 2005. Hanya beberapa pejabat kerajaan akan dikekalkan di Kuala Lumpur, selain Parlimen. Bandar raya lain termasuk Ipoh, George Town, Johor Bahru, Kuching, dan Kota Kinabalu.