Aktiviti

.::Bismillahirrahmanirrahim::.

Sepanjang tahun 2013, Kelab Sejarah dan Gerografi SAMTTAJ dibawah pengawasan guru-guru kelab, telah mengadakan beberapa aktiviti-aktiviti menarik untuk ahli-ahli kelab kami. Antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah :-
  • Mesyuarat Agung 
Aktiviti wajib bagi semua kelab dan persatuan untuk melantik ahli jawatan kuasa tertinggi.



  • Kotak Misteri
Ahli kelab diminta mencabut satu kertas dai dalam kotak yang diberi dan dikehendaki memenuhi segala arahan kertas tersebut seperti menjawab soalan sejarah, menyanyikan lagu Negaraku dan lain-lain.
  • Tukar lirik 
Ahli kelab diminta memilih mana-mana lagu yang disukai kemudian mengubah lirik supaya menjadi suatu lagu yang bertemakan patriotik. Sebuah kumpulan telah berjaya mengubah sebuah lagu Korea kepada sebuah lagu patriotik yang berjudul '1 Malaysia.'
  • Sumbangan
Ahli kelab diminta membuat bayaran sebanyak beberapa ringgit dan wang yang terkumpul akan dimasukkan ke dalam salah sebuah tabung di sekolah. Aktiviti ini berobjektif untuk melahirkan sifat pemurah.

No comments:

Post a Comment